Meriah betul ni!!

Hehe…jumpe lagi..just nk share.

Post tentang kahwin Muadz ni memang ramai yang tgk ye? Ramai jugak peminat Muadz ni. Boleh tahan…hehe..Anyway, sekali lagi saya ingin mengucapkan jutaan tahniah kepada Muadz, isteri dan seluruh keluarga kedua-dua belah pihak atas kejayaan memeriahkan majlis perkahwinan tempoh hari. Terima kasih juga kami ucapkan kerana mempercayai kami untuk sama-sama memeriahkan majlis anda.

Muadz & Susi Nurani + Mus’ab & Shamaliza

Tanggal 26 Julai 2008, satu majlis perkahwinan yang gilang gemilang diadakan di seksyen 7, Shah Alam. Bertempat di rumah YB Dr. Zulkiflee, majlis diadakan untuk meraikan perkahwinan dua putera beliau, Muadz dan Mus’ab. Dengan pasangan Susi Nurani dan Shamaliza yang masing2 berasal dari ‘pulau mutiara’. Kami diberi ruang untuk sama-sama meraikan majlis dengan audio sistem yang kami bawa khusus untuk ‘small live band show’!

Turut hadir tetamu kehormat dan VVIP terkemuka antaranya YB Nurul Izzah, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Datuk Hasan Ali dan lain-lain lagi kepimpinan Barisan alternatif.

Majlis turut diserikan dengan persembahan nasyid daripada kumpulan Sofieya (Bekas pelajar Akademi Nasyid, TV9) dan kumpulan nasyid Ar-Raid. Dj yang bertugas turut menghiburkan majlis!!

Tarikh yang sama juga bertempat di Royal Lake Club, Tasik Perdana kami juga menyediakan audio sistem utk majlis perkahwinan bro Yusof dan pasangan.

Selamat pengantin baru utk semua!!!!!!

Konsert di KUIS!

Semperna dengan Minggu Jom ke Masjid anjuran KUIS dan juga memang diadakan di KUIS, kami dijemput oleh pihak penganjur utk memeriahkan konsert nasyid mereka. Dengan sistem audio dan lampu kami, Alhamdulillah, semuanya berjalan dengan lancar. Tambah lagi dengan kehadiran kumpulan nasyid dan artis nasyid tanah air antaranya kumpulan nasyid dari KUIS sendiri, kumpulan nasyid IRFAN, team kebudayaan ASBI (Akademi Seni dan Budaya Ikhwan), Hasnol Diwani dan Suhaimi ex-inteam.

Penganjur meminta kami utk menjadi event management utk program mlm tersebut, jadi kami temakan program itu dengan tema: “Rasulullah Pemimpin Agung”. Yang mana perjalanan konsert tersebut merupakan rentetan perjalanan hidup Rasulullah daripada Baginda lahir hingga wafat. Diselangkan nasyid, sketsa dan pentomen benar2 menjadikan show malam tu berkesan dengan izin Allah. Satu pentomen yang sungguh menyentuh hati penonton dengan linangan air mata adalah pentomen saidina Abu Bakar pergi utk menggantikan Rasul (yang telah wafat) memberi makan kepada seorang tua buta yg benar2 membenci akan Rasul. Yang menggambarkan indahnya akhlak Rasul apabila sanggup memberi makan, bukan sekadar membawa makanan malah menyuapkan orang tua itu, sedangkan orang tua buta itu sering menyebut aku benci Muhammad! Sampailah wafatnya Rasul, wanita tua buta itu tidak sedikit pun tahu yang selalu menyuapnya makan itu lah Muhammad Rasulullah.

Welcome back!

Wow! Dah hampir sebulan saya tak menulis kat sini..

Internet kat ofis problem sikit, ni baru nak ok sikit2..hehe..

Kali ni cume nk letak sikit2 gambar kenduri kahwin kat cheras yang saya cerita tentang pengantin dari Polland tu..daripada pagi pengantin asyik tukar2 baju utk amik gambar..mmg menarik tgk pengangtin perempuan (orang Polland) menggayakan pelbagai jenis pakaian. Biasa kite tengok pengantin melayu kite jer yang buat tukar2 baju ni..hehe..

Hehe..set yang kami bawa hari tu mmg simple, suai lah utk kenduri kahwin..yang tak perlu sampai bergegar org taman Mulia tu..sebab ini bukan konsert live abnd atau show mana artis..saya memang tak berapa nak minat kensuri kahwin yang pasang lagu atau pa system yang sampai sakit telinga orang yang datang. kenduri kahwin dengan konsert lain, mana boleh sama. Betul kan? hehe..bye!