PROFESSIONAL WEDDING VIDEOGRAPHY

Our professional services:

Using high performance 3CCD digital video cameras and the latest in video production and DVD authoring techniques, we create the best possible image for you. Our mission is to provide affordable and quality video for everyone. The record of your special event will more so much more than just a “home video”.

Colourful DVD theme : Graphic + Audio + Video

Easy playback – menu: tracks: chapters

X-clusive case & attractive design

  • Hard cover
  • DVD + VCD + Non-edited copy

Get in touch with us today!

Advertisements

Open House @ Primanora Medical Centre

29 Oktober 2008, sekali lagi team sound system kami menyerikan sebuah majlis rumah terbuka. Kali ini rumah terbuka anjuran Primanora Medical Centre, TTDI. Majlis berlangsung daripada jam 2 ptg sehingga jam 830 mlm. Meriah dengan kehadiran semua staff Primanora dan ramai client Primanora yang terdiri daripada VVIP dan VIP terkenal Malaysia. Hanya lagu raya yang putarkan atas permintaan pihak penganjur memandangkan hari tersebut masih lagi dalam bulan syawal. =)

Sedikit gambar yang sempat kami rakamkan di majlis tersebut.

Majlis Pelancaran GISB

Seperti yang telah kami beritahu, berlangsungnya majlis perlancaran sebuah syarikat Bumiputera iaitu Global Ikhwan Sdn Bhd di celebration mall Bandar Country Homes. Program yang bermula seawal 9 pagi benar-benar menceriakan pengunjung yang hadir dengan pameran dan ekspo yang dijalankan. Pelbagai jualan produk syarikat GISB telah dilancarkan sekaligus mengangkat imej produk Halal Bumiputera. Pengunjung yang hadir juga terdiri daripada pelbagai kaum. Pengunjung dalam dan luar negeri juga turut menghadiri majlis tersebut. Majlis diserikan dengan persembahan nasyid daripa kumpulan Putera Ikhwan dan Puteri Ikhwan.

JEMPUTAN KE MAJLIS PELANCARAN GLOBAL IKHWAN DAN RUMAH TERBUKA AIDILFITRI

Salam. Mari kita beramai-ramai ke Majlis Rumah Terbuka Global Ikhwan di Bandar Country Homes, Rawang.. Macam-macam program akan diadakan. Yang menarik kami di sana untuk live show nasyid, pentomen, teater musical dan lain-lain lagi persembahan kebudayaan yang pasti membawa kita kepada kenal dan cinta Tuhan.. Jangan ketinggalan ye!

JEMPUTAN KE MAJLIS PELANCARAN GLOBAL IKHWAN DAN RUMAH TERBUKA AIDILFITRI

Pengerusi Eksekutif & Ahli Lembaga Pengarah Global Ikhwan Sdn Bhd dan seluruh warga GISB,

Dengan segala hormatnya menjemput bersama meraikan :

MAJLIS PELANCARAN SYARIKAT GLOBAL IKHWAN

Tarikh : 29 Oktober 2008 (Rabu)
Masa : 9.00 pagi

Tempat : Pusat Perniagaan Global Ikhwan,
Jalan Desa 9/6
Bandar Country Homes,
Rawang, Selangor.

ATURCARA MAJLIS PELANCARAN GISB

29/10/2008 (RABU)

9.00 pg : Ketibaan tetamu dan tetamu VIP

9.05 pg : Persembahan pembukaan oleh Kumpulan Ikhwan

9.20 pg : Ucapan Ahli Lembaga Pengarah GISB

9.40 pg : Ucapan Perasmian Majlis

10.00 pg : Pelancaran Syarikat Global Ikhwan Sdn Bhd
: Persembahan Multimedia dan Lagu Tema

10.30 pg : Persembahan Kebudayaan Islam

11.00 pg : Program Lawatan ke Grai-gerai Produk Keluaran Global Ikhwan

11.45 pg : Jamuan Makan dan Persembahan Nasyid

12.45 tgh : Majlis Rehat untuk Solat Zohor

MAJLIS RUMAH TERBUKA AIDIL FITRI

Tarikh : 30 Oktober 2008 (Khamis)

Masa : 11 pagi – 3 petang

Tempat : Pusat Perniagaan Global Ikhwan,
Jalan Desa 9/6
Bandar Country Homes,
Rawang, Selangor.

ATURCARA MAJLIS RUMAH TERBUKA AIDIL FITRI GISB SDN BHD

30/10/2008

11.00 pg : Ketibaan tetamu dan tetamu VIP

11.00–3.00 ptg: Jamuan Hari Raya

12.45 tgh : Majlis Rehat untuk Solat Zohor

3.30 ptg : Penyampaian Hadiah kepada pelajar

4.00 ptg : Majlis Rehat untuk Solat Asar

6.45 ptg : Majlis Rehat untuk Solat Maghrib

9.00 mlm : Persembahan Nasyid dan Teater Kebudayaan Islam

9.30 mlm : Jamuan

11.00 mlm : Doa Penutup dan Bersurai

25 Oktober 2008 – Port Dickson

Tanggal 25 Oktober 2008 menjadi sejarah buat keluarga En. Firdaus dan isteri Pn. Farhana atas nikmat yang telah Tuhan kurniakan apabila mereka telah selamat mengadakan majlis aqiqah puteri sulong mereka Isymah Irdina. Majlis bermula pada jam11 pagi dengan alunan bacaan berzanji dan marhaban. Alhamdulillah, majlis berjalan dengan lancar tanpa sebarang masalah. Pihak kami ke sana membawa set PA system yang ringkas, tapi sangat membantu dalam menjayakan majlis tersebut. =)

Semoga Tuhan merahmati En. Firdaus dan keluarga… Tahniah!

Faizal Tahir?

19 Syawal, open house yang kesekian kalinya telah kami pergi.. Banyak open house syawal ni, biasalah tu kan? erm, kali ni di sungai buloh, rumah founder Inspire Perfume, En. Zulkifli Tujuddin. Dihadiri oleh ramai tetamu Malaysia dan Indonesia.. Erm, maklumlah isteri kepada En. Zulkifli berasal dari Indonesia. Majlis bermula jam10 pagi dan tamat lewat petang. Menu? macam-macam.. juga campuran menu Malaysia dan Indonesia.

Di majlis itu juga saya sempat berjumpa, berbual dan bergambar dengan artis yang saya minat.. hehe.. Faizal Tahir! Best. Lastly, semoga en. Zulkifli bertambah bahagia dan dimurahkan rezeki oleh Allah swt. Bye! Banyak lagi open house ni..=)

Me and Faizal Tahir

Me and Faizal Tahir

PA system

Tanggal 18 Oktober bersamaan 18 Syawal yang lalu merupakan hari yang ‘sibuk’ bagi kami. Set Pa system kami keluar untuk menjayakan 5 majlis/program pada hari tersebut. 3 untuk kenduri kahwin, 1 untuk open house dan 1 untuk live show nasyid. Wangsa Maju, Setapak, Gombak, Bukit Beruntung dan Puchong. Persiapan seawal pagi jam630 bagi memastikan segala barang-barang untuk setiap set cukup. Alhamdulillah, segalanya berjalan dengan lancar dan semua majlis-majlis tadi dijalankan dengan jayanya. Kepada semua pengantin-pengantin diucapkan Selamat Pengantin Baru dan moga Tuhan tambah iman dan taqwa atas nikmat yang telah Tuhan berikan.