ITQAN Sport Day

Salam. Terima kasih Tuhan! Sungguh meriah dan begitu menarik hari sukan ITQAN. ITQAN merupakan sebuah sekolah swasta yang terletak di Damansara Jaya melangsungkan hari sukan tahunan di padang TTDI, Jalan Rahim Kajai. Dengan acara yang pelbagai disertai oleh pelajar2 yang berumur 5 tahun ke 12 tahun.

Walaupun adik2 masih kecil, tapi semangat mereka utk bersukan amat dihargai.

Advertisements

Firdaus & Hanin di Sri Gombak

Bertempat di Masjid Sri Gombak, berlangsung majlis perkahwinan atau Walimatul Urus pasangan Firdaus & Hanin. Majlis berlangsung dengan meriah dan dengan izin Allah segalanya berjalan dengan lancar. Dimulakan dengan akad nikah di tempat yang sama pada jam10pagi, pasangan raja sehari kelihatan begitu tenang bercampur gembira setelah di ijab kabul kan sebagai suami isteri.

Dengan hiasan ringkas tetapi menarik yang dibuat diruang bawah masjid berkenaan, majlis memang nampak indah dan ada ‘style’ dengan tema warna oren emas.

Alhamdulillah, Pengacara Majlis yang pihak kami sediakan iaitu En. Khairullah benar2 menjadikan majlis berkenaan meriah dengan susun kata yang indah dan sedikit menghiburkan..

Yang menariknya, makanan utk majlis berkenaan disedikan sendiri oleh Ibu pengantin perempuan.. Almaklum, ibunya seorang ‘owner’ kedai makan di Greenwood.. Siapa yang biasa makan di Greenwood mesti pernah tengok ibu pengantin perempuan kita ni.. 8)

Ok, selamat pengantin baru kami ucapkan..

Lagi di Sentul, KL

Sedikit kenangan yang dapat saya rakamkan di Dewan Orang Ramai Flat Sri Perak, Sentul dimana berlangsungnya majlis perkahwinan yang cukup meriah dengan bantuan jiran tetangga di sana. Set PA system kami ditinggalkan semasa majlis (dah itu set yang dia pilih 8) ) berjaya dikelola dengan baik oleh seorang kawan kepada pengantin, yang juga jiran tetangga di Flat Sri Perak.

Majlis dimulakan pagi berkenaan dengan khatam Quran yang diharapkan dapat lagi menambah keberkatan dan kasih sayang Tuhan kepada pengantin yang dirai dan juga harapnya buat tetamu2 yang hadir. Majlis tamat pada jam4 petang.

Pantun Kahwin

Salam.

Apa khabar kawan2? Ramai juga rupanya yang belum meberi jawapan kepada khidmat PA system utk majlis perkahwinan mereka. Saya cuma ingin meninggalkan pesan, “elok booking awal2, sebelum nanti tak dapat langsung…“. Bukan apa, siapkan payung sebelum hujan.. Buat persiapan yang sebaiknya walaupun pada anda masih rasakan terlalu awal utk booking PA System. Untuk maklumat, sebagai fakta, khismat PA System kami utk bulan NOV 2009 pun dah ada yang booking. Jadi bagi mereka2 yang berminat, silalah buat tempahan awal2 ye..

Utk post kali ini, saya ingin berkongsi sedikit pantun2 kahwin.. bukan apa, sesuai utk mereka2 yang mungkin diminta utk menjadi MC atau DJ majlis perkahwinan ini, pantun ini diharapkan boleh membantu anda.

Pantun 1:

Masak mi wap berkepul
Guna penyejat si kayu jati
Hari ini kita berkumpul
Menyampaikan hajat di dalam hati

Ke Seberang Takir membeli cermin
Beli ikan dimasak gulai
Cinta berakhir di jinjang pelamin
Sama segak kedua mempelai

Dari Johor kekuala Kedah
Dagang merantau beratus batu
Surat sudah, SMS pun sudah
Sudah kawin masih begitu

Kain sekayu itulah ukurannya
Kain songket berbenang emas
Berbaju Melayu sama segaknya
Berdandan berlokek berselendang emas

Pokok pulai tidak berduri
Di buat bumbung luas melebar
Dua mempelai berseri-seri
Dua jantung berdebar-debar

Seronok mengadap beramai-ramai
Masing-masing dengan lakunya
Jemput pengantin makan berdamai
Semoga bahagia selama-lamanya

Dalam gelap durian gugur
Dikumpul dapat berpikul-pikul
Kalau tersilap boleh ditegur
Jangan pula dipukul-pukul

Malam hari memasang damar
Menangkap ikan di tepi titi
Suami isteri mesti bersabar
Kekal rukun damai dihati



Wedding @ Dewan Beringin, Sri Gombak

Berlangsung pada 24 Jan 2009, en. Farhan dan pasangan melangsungkan perkahwinan yang begitu indah di Dewan Beringin, Sri Gombak. Dengan kehadiran ramai ahli keluarga daripada kedua belah pihak dan juga teman-teman majlis yang dilangsungkan nampak begitu meriah. Pasangan raja sehari ini juga kelihatan tersenyum selalu menunjukkkan betapa gembiranya mereka pada hari bahagia mereka.. 😉

Untuk en. Farhan dan pasangan di ucapkan Selamat Pengantin Baru!

Juga pada hari persandingan tersebut, team Gamelan telah benar2 menambahkan lagi kerancakan majlis.Team Gamelan ini boleh didapatkan dengan bertanya terus menghubungi kami di talian 012-3770412. 😉

100_8010 100_8009