IF-One di Galeri ASFA

Buka utk tempahan 😉

Advertisements

Konsert Amal ‘Rasa Bersama’

Salam.. Sekali lagi saya tinggalkan blog ni dengan lama dan jayanya..hahaha.. sampai ramai yang call tanye saya buat lagi ker sound system rental? jawapannya… YA… masih lagi.. cuma takde masa utk undate blog ni..hihihi.. cuma utk post ni adalah utk promosi kumpulan nasyid untuk persiapan Ramadhan yang bakal tiba ini. Mungkin sekarang ramai yang sudah tercari-cari untuk memeriahkan malam-malam Ramadhan anda dengan persembahan nasyid, boleh lah menghubungi saya untuk saya uruskan beberapa kumpulan nasyid utk bersama dengan anda. Gambar yang di bawah adalah beberapa gambar semasa konsert amal ‘rasa bersama’ yang di anjurkan di Selayang.

Lagi gambar2 show boleh lihat di sini

Selamat Hati Raya!

Hampir sebulan sudah Ramadhan kita harungi..moga2 ada perubahan dan tambahan taqwa yang Tuhan letakkan dalam hati kita untuk kita menjadi hamba yang benar kembali kepada fitrah di hari raya nanti..amin..

Merayakan idul fitri bukan untuk semua, ianya hanya untuk mereka yang benar menghayati dan berjaya menempuh ujian2 di bulan Ramadhan yang mulia ini.Ujian menahan lapar dahaga mungkin mudah untuk kita semua harungi, tetapi ujian untuk mendidik nafsu itu yang susah dan kebanyakkan orang tidak sedikit pun melepasi ujian tersebut.Harap2, moga ramadhan ini yang tinggal hanya beberapa hari ini Tuhan anugerahkan satu rasa untuk benar2 mengusahakan Taqwa agar ramadhan kali ini tidak lagi sia2 seperti Ramadhan yang sebelum ini..Amin!

Di kesempatan ini juga, kami dari getpasystem ingin mengucapkan selamat hari raya dan memohon jutaan ampun dan maaf kepada semua muslimin dan muslimat samada yg kenal atau pun tidak..kami doakan agar perjalanan hidup kita semua selepas Ramadhan ini penuh dengan rasa Bertuhan dan rasa kehambaan sehinggalah kita ditakdirkan bertemu Ramadhan yang akan datang…insyaAllah..

Ramadhan Promo!