Salam.
Apa khabar kawan2? Ramai juga rupanya yang belum meberi jawapan kepada khidmat PA system utk majlis perkahwinan mereka. Saya cuma ingin meninggalkan pesan, “elok booking awal2, sebelum nanti tak dapat langsung…“. Bukan apa, siapkan payung sebelum hujan.. Buat persiapan yang sebaiknya walaupun pada anda masih rasakan terlalu awal utk booking PA System. Untuk maklumat, sebagai fakta, khismat PA System kami utk bulan NOV 2009 pun dah ada yang booking. Jadi bagi mereka2 yang berminat, silalah buat tempahan awal2 ye..
Utk post kali ini, saya ingin berkongsi sedikit pantun2 kahwin.. bukan apa, sesuai utk mereka2 yang mungkin diminta utk menjadi MC atau DJ majlis perkahwinan ini, pantun ini diharapkan boleh membantu anda.
Pantun 1:
Masak mi wap berkepul
Guna penyejat si kayu jati
Hari ini kita berkumpul
Menyampaikan hajat di dalam hati
Ke Seberang Takir membeli cermin
Beli ikan dimasak gulai
Cinta berakhir di jinjang pelamin
Sama segak kedua mempelai
Dari Johor kekuala Kedah
Dagang merantau beratus batu
Surat sudah, SMS pun sudah
Sudah kawin masih begitu
Kain sekayu itulah ukurannya
Kain songket berbenang emas
Berbaju Melayu sama segaknya
Berdandan berlokek berselendang emas
Pokok pulai tidak berduri
Di buat bumbung luas melebar
Dua mempelai berseri-seri
Dua jantung berdebar-debar
Seronok mengadap beramai-ramai
Masing-masing dengan lakunya
Jemput pengantin makan berdamai
Semoga bahagia selama-lamanya
Dalam gelap durian gugur
Dikumpul dapat berpikul-pikul
Kalau tersilap boleh ditegur
Jangan pula dipukul-pukul
Malam hari memasang damar
Menangkap ikan di tepi titi
Suami isteri mesti bersabar
Kekal rukun damai dihati
No Comments Yet
No comments yet.
Comments RSS TrackBack Identifier URI
Leave a comment


